Amerika Syarikat Akan Mengharamkan TikTok dan WeChat Dalam Masa 45 Hari
Presiden Trump pagi ini mengeluarkan arahan yang menghalang syarikat dari A.S dari melakukan sebarang bentuk perniagaan dengan Bytedance dan Tencent dalam masa 45 hari. Ini sekaligus menghalang aplikasi popular TikTok dan WeChat dari beroperasi di bumi Amerika Syarikat selepas luput tempoh tersebut.
Pentadbiran Trump berkata arahan ini diambil kerana kedua-dua syarikat ini didakwa berkongsi pelbagai data dengan Parti Komunis China yang mengancam keselamatan maklumat pengguna A.S. Arahan pengharaman ini diberikan selepas Trump sendiri berkata TikTok akan dihalang akses di negara beliau akhir minggu lalu. Ia menyebabkan perbincangan pengambilalihan TikTok oleh Microsoft dari Bytedance dilakukan dengan pantas sebelum tarikh akhir 15 September hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment