Facebook Turut Mengkritik Keperluan Membayar 30% Pembelian Dalam-Aplikasi Kepada Apple
Selain Epic Games, Spotify dan beberapa pihak, kini perang terhadap cukai App Store turut disertai oleh Facebook.
Melalui perkongsian terbaru, Facebook turut mengkritik keperluan membayar Apple cukai sebanyak 30% untuk pembelian dalam aplikasi atau pembayaran yang diterima melalui aplikasi untuk iPhone.
Facebook mengatakan mereka kini hadir dengan sebuah ciri baru yang membolehkan syarikat kecil dan sederhana untuk menganjurkan acara secara atas-talian – dan memudahkan pengguna untuk menyertainya. Ini sekaligus memudahkan seseorang atau sesuatu syarikat untuk meganjurkan kelas seperti kelas memasak, bersenam dan sebagainya.
Facebook mengatakan mereka ingin membantuk syarikat kecil dan sederhana dan tidak ingin mengambil sebarang pendapatan melaluinya. Tetapi, disebabkan polisi Apple, pengguna yang melakukan pembelian melalui aplikasi iOS akan dipotong pendapatannya kerana keperluan cukai 30% kepada Apple.
Facebook mengatakan mereka sedia memohon untuk Apple mengurangkan kadar cukai App Store berkenaan, namun permintaan tersebut tidak dilayan.
Sebagai alternatif, di aplikasi Android dan laman web, Facebook menggunakan ciri Facebook Pay – sekaligus membolehkan pemilik perniagaan menerima bayaran penuh tanpa sebarang potongan.
Dengan ini, ia secara tidak langsung membuatkan Facebook turut menyertai kritikan terhadap keperluan membayar cukai 30% kepada Apple App Store yang sedikit menganggu pendapatan pembangun melaluinya.
Sebelum ini, Epic Games telah mengkritik hal berkenaan, selain disokong oleh Spotify dan beberapa pihak lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment