Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga tak munasabah pasca PKP, peniaga beri alasan tanggung kos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga tak munasabah pasca PKP, peniaga beri alasan tanggung kos


Peniaga yang menaikkan harga barangan atau perkhidmatan boleh diambil tindakan di bawah undang anti pencatutan.
KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara tidak munasabah atas alasan terpaksa menampung kos operasi yng meningkat sepanjang wabak Covid-19.
Tinjauan FMT mendapati peniaga, termasuk perniagaan dalam talian menaikkan harga sehingga RM30 bagi sesuatu barangan atau produk.
Pelbagai alasan diberikan peniaga antaranya untuk menampung semula kos operasi dan peniagaan yang merudum selepas kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu.
Menurut seorang penjawat swasta, Noor Farzana Mohd Hafizan, 29, produk kecantikan dibelinya pada Disember lalu berharga RM100, namun dinaikkan peniaga sama kepada RM130 bulan lepas.
Apabila beliau bertanya punca harga meningkat, peniaga hanya memberi alasan harga ditetapkan selepas PKP.
“Saya juga ada beli beberapa barangan lain secara dalam talian, tapi peniaga lain tidak menaikkan harga seperti ini,” katanya.
Walaupun mempunyai pilihan, beliau tidak mahu mengambil risiko membeli daripada peniaga lain kerana bimbang mengenai aspek ketulenan produk kecantikan itu.
“Peniaga sepatutnya tidak boleh mengambil kesempatan dalam keadaan orang ramai sedang membina semula kehidupan dan ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan,” katanya.
Berkongsi situasi sama, seorang pelajar universiti swasta, Mior Ahmad Faiz Ishak, 23, yang menggunting rambut selepas kerajaan memberi kebenaran kepada pengusaha kedai gunting beroperasi semula, terkejut dengan harga perkhidmatan yang mencecah RM30.
“Sebelum PKP saya hanya dicaj RM19 sahaja, namun selepas PKP harga dinaikkan kepada RM30.
“Bila tanya, mereka hanya jawab mereka perlu membeli pelitup muka, set sarung tangan dan apron pakai buang pekerja.”
“Selain itu, mereka juga memberikan alasan perlu menanggung kos operasi sebelum ini kerana ditutup pada Mac lalu,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEPWPKL) tidak akan berkompromi terhadap pengusaha premis dan peniaga dalam talian yang didapati menaikkan caj secara tidak munasabah.
Ketua pegawai penguatkuasa negeri KPDNHEPWPKL Zubir Hamsa berkata, mana-mana peniaga yang didapati melakukan perkara itu akan dikenakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).
“Adalah tidak munasabah menaikkan harga dari RM19 ke RM30 hanya untuk menggunting rambut.
“Peniaga jangan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak munasabah, terutama dalam situasi orang ramai memerlukan perkhidmatan itu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan boleh dibuat di bawah AKHAP 2011 kerana disyaki mencatut, iaitu mengambil keuntungan yang tidak munasabah.
“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.