Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu sawit, sempadan WP-Selangor fokus Dewan Rakyat hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu sawit, sempadan WP-Selangor fokus Dewan Rakyat hari ini


Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos ini berpandukan kebiasaan baru.
KUALA LUMPUR: Impak hasil promosi sawit oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di luar negara antara perkara yang bakal dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang diajukan Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) kepada menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengenai impak utama promosi sawit di negara yang pernah dilawati, kepada industri sawit negara.
Selain itu, Johari Abdul (PH-Sungai Petani) akan bertanya kepada kementerian sama mengenai langkah menyelesaikan masalah kekurangan pekerja sektor perladangan komoditi akibat pemberhentian kemasukan pekerja asing susulan Covid-19.
Isu sempadan Wilayah Persekutuan dan Selangor pula dibangkitkan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) yang meminta menteri Wilayah Persekutuan menyatakan status terkini penyelesaian sempadan itu.
Perbahasan bagi Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 turut dijadualkan bersambung hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos ini berpandukan kebiasaan baru dengan mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.