Microsoft Akan Menamatkan Aplikasi Cortana Untuk Android Dan iOS Pada 2021
Cortana merupakan salah satu pembantu digital maya yang ditawarkan oleh Microsoft untuk pengguna, Ia hadir terbina pada sistem operasi Windows, selain turut ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS melalui sebuah aplikasi berasingan.
Walaupun ia pada awalnya diperkenalkan sebagai pembantu maya untuk pelbagai perkara, namun kini Microsoft lebih memfokuskan penawarannya terhadap produktiviti dan memudahkan tugasan. Ini sekaligus membuatkan Microsoft mengurangkan penyertaan Cortana pada perkhidmatan yang tidak diperlukan – atau tidak popular.
Selari dengannya, kini Microsoft telah mengumumkan mereka akan mematikan ciri Cortana Skills menjelang 7 September 2020 kelak, dan sokongan aplikasi iOS dan Android untuk Cortana akan ditamatkan pada awal 2021 kelak.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Cortana? Adakah perubahan ini akan memberikan impak terhadap anda?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment