Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo A53 Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 90Hz, Snapdragon 460 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo A53 Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 90Hz, Snapdragon 460


Selepas tertiris beberapa kali sebelum ini, pihak Oppo kini dilihat telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri A secara rasminya – bermula di Indonesia. Jelas, apa yang diperkatakan sebelum ini ternyata adalah benar di mana Oppo A53 ini akan hadir dengan skrin 90Hz.

Oppo A53 membawakan paparan berukuran 6.5-inci HD+ dengan rekaan skrin berlubang yang menempatkan lensa swafoto tunggal sebesar 16-Megapixel (f/2.0). Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan pemproses Snapdragon 460 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Ia juga menyokong slot microSD yang boleh dikembangkan dengan had maksima 256GB. Perisian yang digunakan pula adalah ColorOS 7.2 berasaskan Android 10 terkini.

Untuk kamera, ia membawakan sokongan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 16-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C dan sokongan pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang peranti.

Oppo A53 ditawarkan pada harga Rp 2,499,000 (~RM706) di Indonesia. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan di negara-negara lain, termasuk di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.