Oppo A53 Mungkin Hadir Menggunakan Skrin Pada Kadar Segar Semula 90Hz
Selepas memperkenalkan Oppo A52 sekitar April lalu, Oppo kini dilihat dalam perancangan untuk penambahan ahli baru lagi di bawah siri A mereka. Dikenali sebagai Oppo A53, spesifikasinya kini hadir tertiris di arena web.
Daripada apa yang hadir ke arena internet, Oppo A53 ini dipercayai hadir dengan paparan 6.5-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dikhabarkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 460, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB dan bateri besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Untuk rakaman gambar, ia dijangka menggunakan sokongan tiga kamera utama dibelakang dengan gabungan sensor 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera swafoto pula adalah menggunakan sensor 16-Megapixel yang ditempatkan pada bahagian skrin berlubang. Untuk sistem keselamatan, ia akan menggunakan sokongan pengimbas cap jari fizikal.
Dalam perkembangan lain, Oppo A53 dikhabarkan turut telah ditemui menerusi sejumlah laman pensijilan di beberapa negara termasuk Indonesia. Ekoran daripada itu, ramai pihak menyasarkan peranti ini akan diperkenalkan tidak lama lagi dalam masa terdekat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment