Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelanggan U Mobile Tidak Perlu Risau Mengenai Ketiadaan Isyarat GPS Di Dalam Terowong SMART - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelanggan U Mobile Tidak Perlu Risau Mengenai Ketiadaan Isyarat GPS Di Dalam Terowong SMART


U Mobile, salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan pengelola Terowong SMART dan Waze untuk memastikan bahawa isyarat GPS daripada perkhidmatan telekomunikasi tersebut tidak terputus.

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa beberapa terowong di sekitar Kuala Lumpur, termasuklah Terowong SMART telah dipasangkan dengan peranti Waze Beacons untuk memastikan bahawa peranti anda masih boleh disambungkan kepada rangkaian GPS Waze walaupun di kawasan bawah tanah.

Kerjasama U Mobile dengan Terowong SMART dan Waze ini dikatakan adalah kolaborasi pertama diantara ketiga-tiga pihak ini untuk memastikan pelanggan U Mobile yang menggunakan terowong tersebut tidak tersalah jalan keluar dan sampai ke destinasi mereka dengan selamat.

Menurut Waze, sekitar 240 peranti Waze Beacon telah dipasang didalam terowong SMART, dan selain daripada memberi arahan jalan yang tepat, penggunaan Waze Beacon ini membolehkan pengguna perkhidmatan GPS tersebut untuk mendapatkan maklumat trafik yang terkini.

Untuk memastikan penggunaan Waze yang lebih cekap didalam Terowong SMART, pengguna U Mobile akan diingatkan untuk mengaktifkan ciri Bluetooth pada peranti-peranti mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.