Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sejumlah Syarikat Amerika Syarikat Risau Akan Kesan Daripada Pengharaman WeChat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sejumlah Syarikat Amerika Syarikat Risau Akan Kesan Daripada Pengharaman WeChat


Kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump telah pun mengumumkan akan mengharamkan aplikasi WeChat menjelang 20 September kelak. Walaupun Trump menyasarkan hal ini dalam usaha mengekang aplikasi berkenaan beroperasi di Amerika Syarikat, namun kesannya dilihat mungkin memberikan lebih impak terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat.

Seperti ramai sedia maklum, WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan meluas di China. Selain permesejan, ia juga digunakan untuk tujuan pembayaran dan sebagainya.

Dengan arahan dari kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini, ia dikatakan syarikat di negara tersebut diharamkan untuk berurusan dengan WeChat. Hal ini, sekaligus merisaukan, dan sejumlah syarikat risau ia akan memberikan kesan serius terhadap perniagaan mereka.

Tinjauan kasar sendiri telah mendapati ramai pengguna di China akan meninggalkan iPhone sekiranya tiada WeChat di kedai aplikasi mereka, dan beralih kepada pengeluar peranti alternatif, seperti Huawei dan sebagainya.

Selain pengeluar peranti seperti Apple, syarikat lain turut risau akan yang mana mereka tidak boleh menguruskan pembayaran menggunakan WeChat – sekaligus mengekang operasi syarikat mereka.

Pelbagai syarikat Amerika Syarikat, termasuk Apple, Ford, Disney dan sebagainya berharap agar skop pengharaman ini akan lebih diteliti dan diterangkan sebelum menjelang tarikh berkenaan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.