Apple Mengetepikan Caj Cukai 30% Untuk Facebook Buat Sementara Waktu
Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan menganjurkan acara secara atas-talian, dan memudahkan perniagaan untuk menawarkan acara atau kursus secara atas-talian, dan menjana pendapatan melaluinya.
Facebook turut mengatakan mereka tidak akan mengenakan caj pemprosesan untuk penganjuran acara berkenaan buat masa ini, sekaligus membantu syarikat yang terkesan dengan PKP dan sebagainya. Dan pada masa yang sama mengadu Apple menolak permohonan Facebook untuk mengetepikan caj 30% untuk penawaran berkenaan. Ini bermakna, pengguna yang membuat pembelian melalui platform iOS untuk acara yang dianjurkan PKS masih perlu melalui potongan cukai 30% dan tidak menerima sepenuhnya terus kepada mereka.
Apa pun, hari ini, Apple dilihat mengubah pendirian mereka, Ia kini diumumkan yang mana Apple akan ketepikan caj 30% untuk penganjuran acara melalui Facebook sehingga 31 Disember 2020 ini.
Walaupun untuk sementara waktu, langkah ini semestinya akan membantu syarikat kecil dan sederhana yang menjana pendapatan dengan mengadakan acara melalui platform Facebook.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment