Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dan Ray-Ban Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar Pada Tahun 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dan Ray-Ban Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar Pada Tahun 2021


Pelbagai usaha melancarkan cermin mata pintar setakat ini gagal mendapat sambutan. Snapchat Spectacles sekadar dipasarkan di pasaran yang kecil manakala Google Glasses kembali ke meja rekaan selepas dipasarkan dalam tempoh yang pendek. Syarikat seterusnya yang akan cuba menghasilkan cermin mata pintar ialah Facebook dan Ray-Ban yang bekerjasama untuk melancarkan cermin mata pintar pada tahun 2021.

Kerjasama di antara Facebook dan Ray-Ban diumumkan beberapa hari yang lalu. Pada waktu yang sama Facebook telah memperlihatkan prototaip kaca mata pintar Project Aria mereka. Dari apa yang dapat dilihat ia adalah kaca mata dengan kamera terbina pada bingkai seakan Snapchat Spectacles.

Kesemua litar disimpan pada bahagian tangkai yang bersiaz besar seperti rekaan kaca mata Bose. Tiga kamera dapat dilihat. Dua bersaiz kecil pada setiap sisi bingkai dan satu lagi dengan lensa lebih besar pada bingkai mata kiri. Dua sensor yang menjejak pergerakan anak mata turut dapat dilihat pada bahagian bawah kedua-dua bingkai mata

Aria tidak dilengkapi skrin tetapi mempunyai kamera untuk melihat keluar dan mengikut pergerakan mata pengguna. Ujian akan dimulakan pada bulan ini dengan 100 kakitangan Facebook akan menjadi pengguna paling awal. Ini bukan sahaja untuk menguji kemampuan, ciri yang diperlukan serta keselesaan malahan untuk melihat isu yang mungkin timbul seperti privasi.

Bagi mengelakkan sebarang keresahan, Facebook mengatakan data seperti lokasi dan video akan disimpan dengan penyulitan. Sepanjang tempoh ujian pengguna Aria akan memakai tanda pengenalan bagi memberikan amaran video mungkin sedang dirakam. Teknologi pengecaman wajah juga tidak akan digunakan.

Rekaan Aria masih lagi rekaan awal dan kemungkinan tidak akan digunakan sebagai rekaan akhir. Namun begitu pengaruh rekaan klasik Rayb-Ban Wayfarer boleh dilihat dengan jelas. Maka ini mungkin mengapa Ray-Ban menjadi rakan kongsi sebelum cermin mata pintar Facebook dilancarkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.