Hi! Welcome Back and Stay Tune! HMD Global Menjadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HMD Global Menjadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada Minggu Hadapan


Tidak nafikan, kita dapat menyaksikan banyak pengeluar peranti pintar yang dilihat seakan berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk baharu dalam masa terdekat ini. Dalam perkembangan terkini, HMD Global juga dilihat mempunyai perancangan yang sama selepas mengesahkan bakal mengadakan sebuah acara pelancaran yang akan berlangsung pada minggu hadapan, 22 September 2020.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh ketua pegawai produk HMD Global iaitu Juho Sarvikas menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya dan acara ini akan diadakan secara atas-talian. Bagaimanapun, ia tidak pula mendedahkan sebarang maklumat berkaitan produk yang akan dilancarkan. Tetapi, berdasarkan penggunaan ayat “barisan peranti pintar terbaru Nokia” (diterjemahkan), ia seakan memberi bayangan bahawa jenama ini berkemungkinan besar muncul dengan lebih daripada satu produk.

Rentetan daripada perkara itu, pelbagai andaian mula ‘dilemparkan’ oleh banyak pihak. Kebanyakan mereka membuat spekulasi bahawa Nokia 7.3 mungkin diperkenalkan pada acara tersebut. Bagaimanapun,  ia hanya spekulasi semata-mata dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, segalanya akan terjawab pada acara pelancaran kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.