Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasukan golf harap pemain muda cemerlang di Sukan Sea 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasukan golf harap pemain muda cemerlang di Sukan Sea 2021


KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Persatuan Golf Malaysia (MGA) dijangka mempertaruhkan barisan pemain muda yang berpangkalan di Amerika Syarikat bagi menggalas cabaran negara pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada tahun hadapan.

Timbalan Pengurus Besar MGA Sara Ismail berkata badan induk itu tidak berdepan masalah menghantar pemain muda ke temasya sukan dwitahunan berkenaan kerana mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

Mereka termasuk Ervin Chang, Zubair Firdaus dan K Rhaasrikanesh dalam kategori lelaki serta dua pemain remaja wanita iaitu Natasha Andrea Oon dan Putri Alya Abdul Ghani.

“Sukan golf agak unik kerana kami sudah ada barisan pemain amatur yang mempunyai pengalaman bermain di peringkat antarabangsa untuk itu kami tidak ada masalah untuk menghantar pemain muda,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat berhubung kriteria pemilihan ke Sukan SEA 2021 bersama wakil Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di Wisma OCM di sini.

Dalam pada itu, Sara menegaskan badan induk itu tidak berdepan masalah untuk memanggil pemain muda negara yang berpangkalan di luar negara walaupun beberapa negara masih menutup pintu sempadan, selain menguatkuasakan sekatan perjalanan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Beliau memaklumkan MGA sentiasa memberi kerjasama terbaik dengan beberapa pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Imigresen bagi memudahkan pergerakan pulang pemain negara yang berpangkalan di luar negara.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pemain muda negara yang berpangkalan di luar negara masih perlu mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari setibanya di tanah air.

Malaysia sekadar meraih satu perak menerusi gandingan Ashley Lau dan Natasha Andrea Oon dalam acara berpasukan wanita pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Sukan SEA ke-31 bakal berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember 2021 dan Vietnam merancang mempertandingkan 36 jenis sukan pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.