Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Fit2 Dilancarkan Dengan Bateri Yang Mampu Bertahan Hampir Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Fit2 Dilancarkan Dengan Bateri Yang Mampu Bertahan Hampir Sebulan


Penjejak kesihatan mempunyai dua kelebihan berbanding jam tangan pintar iaitu harga lebih mampu milik dan bateri yang mampu bertahan lebih lama. Samsung pagi ini melancarkan Samsung Galaxy Fit2 yang mempunyai ketahanan bateri yang agak melampau.

Dengan sekali caj ia boleh digunakan selama 15 hari dalam penggunaan biasa. Ini boleh dipanjangkan sehingga 21 hari dalam penggunaan yang lebih santai. Seperti Fit asal, Fit2 hadir dengan sensor mengesan nadi, langkah, menjejak pola tidur, jarak perjalanan dan mengira kalori. Satu sensor yang tidak disertakan ialah GPS.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 1.1″ AMOLED sesentuh, memori 2MB RAM, storan 32MB dan bateri sebesar 159 mAh. Terdapat 70 muka jam boleh dipilih mengikut pilihan pemakai. Tali diperbuat daripada bahan silikon manakala keseluruhan penjejak kesihatan mempunyai kemampuan kalis air IP68. Harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan pada saat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.