Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Xiaomi Mi 10T Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 30 September Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Xiaomi Mi 10T Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 30 September Ini


Setelah muncul dalam pelbagai jenis maklumat tertiris, akhirnya siri Xiaomi Mi 10T disahkan bakal muncul secara rasminya pada minggu hadapan, 30 September 2020. Siri ini juga dikatakan bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G terbina pada harga mampu milik.

Melalui pengenalan ini, Xiaomi dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model – termasuk Xiaomi Mi 10T dan Xiaomi Mi 10T Pro. Namun terdapat ura-ura yang mengatakan, satu lagi model dikenali sebagai Xiaomi Mi 10T Lite juga mungkin diperkenalkan pada acara yang sama. Bagaimanapun, ia hanya spekulasi semata-mata dan belum diketahui kesahihannya.

Berdasarkan maklumat tertiris sebelum ini, Mi 10T Pro dipercayai hadir dengan skrin 144Hz, dijana Snapdragon 865, kamera utama 108-Megapixel dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui untuk model Mi 10T, tetapi ia dikhabarkan hadir dengan lensa utama 64-Megapixel.

Pada masa sama, harga jualan juga dikatakan telah tertiris awal di mana Mi 10T mungkin berharga sekitar €499 (~RM2,414), manakala Mi 10T Pro pula bermula sekitar €599 (RM2,897). Sekali lagi diingatkan, ketirisan harga ini juga hanya spekulasi semata-mata. Benar atau tidak, segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.