Trump Tidak Akan Membenarkan Pembentukan TikTok Global Jika Bytedance Enggan Melepaskan Pegangan Majoriti
Ahad lalu kemelut pengambilalihan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat kelihatan seperti telahpun selesai selepas Bytedance bersetuju membentuk perniagaan baharu TikTok Global. Ibu pejabat akan dibuka di Amerika Syarikat dengan Oracle dan Walmart menjadi pemegang saham minoriti 20%. Bytedance akan kekal menjadi pemilik majoriti dengan kod sumber dan kecerdasan buatan tidak akan dijual.
Tetapi isu ini masih belum selepas selepas Presiden Trump dipetik berkata beliau tidak akan membenarkan perjanjian di antara Bytedance, Oracle dan Walmart diteruskan selagi pegangan majoriti tidak dipindahkan kepada syarikat dari A.S.
Masalah mula timbul semalam selepas Bytedance bertegas 80% pegangan saham TikTok Global akan dimiliki mereka. Oracle pula ingin 80% pegangan dibahagikan mengikut pelabur syarikat. Pendirian Trump menimbulkan lagi keraguan pelan yang diumumkan Ahad lalu akan dapat diteruskan.
Tambahan lagi penstrukturan semula syarikat masih belum mendapat persetujuan Beijing. Menurut laporan Global Times pagi ini, kemungkinan Beijing akan membenarkan penjualan TikTok oleh Bytedance adalah tidak mungkin berlaku juga atas sebab keselamatan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment