Xiaomi Mi Watch Revolve Dilancarkan – Mi Watch Color Versi Global Dengan Sistem Operasi Tersendiri
Xiaomi sedia terkenal dengan banyak peranti boleh pakai, tidak kira aksesori audio atau juga penjejak kesihatan. Penjejak kesihatan Xioami yang terkenal adalah Mi Band. Tetapi bermula tahun lepas, mereka mula memperkenalkan jam tangan pintar – Mi Watch yang menjalankan sistem operasi Wear OS serta Mi Watch Color yang menjalankan sistem operasi tersendiri.
Terkini, dengan jenama pesaing mula melancarkan jam tangan pintar di pasaran global – Xiaomi turut ingin bersaing. Tetapi Xiaomi menggunakan langkah selamat dengan memperkenalkan Mi Watch Color terlebih dahulu untuk pasaran global. Jam ini diberi nama Mi Watch Revolve. Lebih menarik, Mi Watch Revolve ini tidak dihasilkan oleh Huami seperti Mi Band. Jadi kualiti dan sistem operasi adalah tersendiri. Ia menggunakan skrin 1.39-inci AMOLED, menyokong Always-On Display serta kecerahan mencapai 450 nits. Algoritma Firstbeat Motion pula digunakan untuk pemantauan serta penjejakan kesihatan, tidur serta VO2.
Mi Watch Revolve menawarkan 100 muka jam berbeza, 10 mod sukan, GPS terbina, perlindungan kalis air 5ATM, bateri 420mAh dengan ketahanan 14 hari melalui pengecasan magnetik tersendiri. Harga jualan adalah ₹10,999, iaitu sekitar RM620 dengan pilihan warna Midnight Black dan Chrome Silver.
Kebiasaannya apabila versi India atau global telah dilancarkan, ada harapan ia akan memasuki pasaran tempatan. Tetapi Xiaomi Malaysia masih belum umumkan apa-apa maklumat berkenaan produk ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment