Canon Mempatenkan Kamera Untuk Telefon Pintar Dengan Lensa Boleh Ubah
Jualan kamera digital jatuh merudum selepas telefon pintar mula dipasarkan. Bagi majoriti pengguna, kamera pada telefon pintar sudah lebih dari memadai dan kamera digital tidak perlu dimiliki lagi. Maka antara cara pengeluar kamera digital menentang kebangkitan telefon pintar ialah menghasilkan aksesori untuknya.
Canon telah memfailkan paten sebuah kamera untuk telefon pintar tahun lalu dan rekaannya hanya diterbitkan pada bulan September. Kamera ini akan disambungkan kepada tubuh telefon dengan mekanisme mencengkam. Lensa kamera kemudiannya boleh disambung kepada dua lagi lensa tambahan dengan panjang fokus yang berbeza.
Terdapat beberapa aksesori untuk telefon yang dilancarkan sebelum ini dengan kemampuan yang sama tetapi tidak dari pengeluar dengan nama yang gah seperti Canon. Aksesori yang sebelum ini mempunyai kemampuan yang sama dari pengeluar gah adalah Sony dengan lensa tambahan Sony QX1 dan QX30 yang dilancarkan empat tahun lalu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment