Hi! Welcome Back and Stay Tune! Covid-19: Selangor rekod 1,184 kes baharu dalam dua minggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Covid-19: Selangor rekod 1,184 kes baharu dalam dua minggu


SHAH ALAM, 24 OKT: Sebanyak 1,184 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor dalam tempoh dua minggu sejak 10 hingga 23 Oktober.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan Petaling yang berstatus zon merah merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 492 kes dengan 257 daripadanya di mukim Sungai Buloh.

“Bagi daerah sama mukim Petaling merekodkan 127 kes diikuti Damansara (90) dan Bukit Raja (18),” katanya menerusi Facebook semalam.

Klang yang turut berstatus zon merah merekodkan kes baharu kedua tertinggi dengan 193 diikuti Hulu Langat (178), Gombak (126), Kuala Langat (98) dan Sepang (72).

STFC memaklumkan Hulu Selangor yang berstatus zon kuning pula merekodkan 13 kes dan Kuala Selangor mencatatkan 12 kes manakala Sabak Bernam kekal zon hijau dengan sifar kes.

Selangor merekodkan 62 kes baharu semalam, turun berbanding kelmarin dengan 132 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,804 kes.

Selain itu, dua kluster baharu dikesan di negeri ini iaitu kluster Palma dan kluster Jaya dengan 10 disahkan positif wabak.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.