Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Assistant Kini Boleh Mengecam Lagu Dengan Hanya Mendengungkan Iramanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Assistant Kini Boleh Mengecam Lagu Dengan Hanya Mendengungkan Iramanya


Terdapat jutaan lagu yang telah dihasilkan sejak manusia mula mengenal muzik. Di dunia moden, saban hari ada sahaja laju baru dilancarkan tetapi kerana terlepas pengumuman oleh DJ di radio, ramai tidak tahu tajuknya. Sekiranya anda mempunyai Google Assistant pada peranti, ia kini boleh mengecam lagu yang ingin anda cari dengan hanya mendengungkan iramanya.

Pengguna perlu memberikan arahan “What’s this song?” atau menekan pilihan “Search a song” dan kemudian mendengungkan irama di antara 10-15 saat untuk Assistant mencari padanan yang paling tepat. Di Android ciri ini disokong oleh 20 bahasa tetapi pada iOS ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini.

Sokongan mencari lagu dengan hanya mendengungkan irama adalah satu lagi ciri yang sebelum ini dipopularkan oleh aplikasi seperti Soundhound dan Shazam. Selain itu pengguna juga melakukan carian tajuk lagu dengan menyuruh Assistant mendengar klip audio atau menyebut sebahagian lirik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.