Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Doodle Hari Ini Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Doodle Hari Ini Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin


Google sering menyambut sejumlah peristiwa menarik melalui penawaran Doodle khusus untuknya – iaitu perubahan rekaan pada logo yang menyertakan lakaran dan rekaan khusus berkaitan apa yang diraikan.

Terbaru, hari ini Google mengubah rekaan doodle mereka, dan meraikan kelahiran Benedict Sandin, iaitu seorang pencerita rakyat dan ahli etnografi yang telah berkhidmat di Muzium Sarawak.

Kehidupan dan kerya Benedict Sandin

Benedict Sandin dilahirkan Sandin anak Attat pada 1918 pada tarikh hari ini, di sebuah rumah panjang bernama Kerangan Pingai yang terletak di lembangan Saribas, di daerah Saratok, Sarawak. Berketurunan Iban (antara suku kaum asli yang terbesar di Malaysia), Sandin telah mendapat sanjungan para ahli akademik sebagai salah seorang pakar kaum Iban yang terunggul di dunia; beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk memelihara warisan asli kaumnya. 

Beliau diperkenalkan kepada bahasa Iban yang penuh puitis menerusi bapanya, dimana Sandin bukan sahaja berjaya menguasainya tetapi juga telah meneruskan untuk membela bahasa ini. Pada tahun 1941, Sandin mula bekerja di dalam jurusan perkhidmatan awam, dimana bakat menulisnya telah membuka peluang untuknya memegang jawatan sebagai penyunting Pembrita – penerbitan berita yang pertama dalam bahasa Iban. Artikel-artikel yang ditulisnya telah menarik perhatian kurator Muzium Sarawak pada masa itu, yang telah membawanya masuk sebagai seorang kakitangan berjawatan khas pada 1952. 

Pembentukan seorang kurator muzium dan pemeliharaan warisan budaya

Sejurus selepas itu, Sandin diterima untuk menyertai sebuah program persekutuan UNESCO di New Zealand, dimana beliau mempelajari teknik-teknik muzium dan antropologi. Beliau pulang ke tanah air dengan tekad untuk mendokumentasi sejarah, budaya, dan bahasa kaum Iban serta merakamkan amanat ahli salasilah tempatan, pujangga, dan ahli sejarah. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian etnografi Sandin yang tidak ternilai, beliau dinamakan Kurator Muzium Sarawak dan Ahli Etnologi Kerajaan pada 1966, jawatan yang dipegangnya untuk hampir sedekad.  



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.