NVIDIA RTX A6000 Dan A40 Dilancarkan Untuk Kegunaan Profesional Dengan 48GB RAM
Selepas RTX siri 3000 diumumkan untuk peminat permainan video tegar, golongan profesional memulakan penantian untuk kad grafik yang direka khas untuk mereka berasaskan teknologi Ampere. Pagi ini NVIDIA RTX A6000 dan A40 telah diumumkan sebagai pengganti kepada Quadro RTX 8000.
Kedua-dua RTX A6000 dan A40 menggunakan GPU GA102 berasaskan senibina Ampere yang digunakan pada siri RTX 3000. Kad turut hadir dengan 10752 teras CUDA, 336 teras Tensor dan dilengkapi 48GB VRAM GDDR6. Di atas kertas, NVIDIA menjanjikan peningkatan prestasi sehingga dua kali gandar berbanding Quadro RTX 8000.
Perbezaan di antara kedua-dua kad terletak pada A40 yang menggunakan sistem penyejukan pasif kerana ia direka untuk digunakan di dalam pelayar. A6000 masih dilengkapi sistem penyejukan konvensional.
NVIDIA RTX A6000 dan A40 akan mula dijual Disember ini tetapi harga jualan kedua-dua model belum diumumkan. Tetapi dengan RTX 3090 dipasarkan pada harga hampir RM8000 di Malaysia, harga jualan kad profesional ini pastinya lebih tinggi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment