Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raspberry Pi Compute Module 4 Dilancarkan – 64-bit Empat-Teras, Lebih Berkuasa Dan 32 Variasi Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raspberry Pi Compute Module 4 Dilancarkan – 64-bit Empat-Teras, Lebih Berkuasa Dan 32 Variasi Berbeza


Bulan Jun tahun lepas adalah kali terakhir Raspberry Pi dilancarkan, iaitu generasi keempat. Terkini, mereka telah melancarkan model baharu yang lebih berkuasa berasaskan cip 64-bit empat-teras dan mempunyai 32 variasi berbeza – Raspberry Pi Compute Module 4.

Cip pemprosesan yang disertakan adalah BCM2711, yang mana bukan sahaja lebih berkuasa tetapi boleh membuat lebih banyak pengantaramukaan. Kemudian buat kali pertamanya, Raspberry Pi menawarkan pilihan RAM dan juga pilihan rangkaian nirwayar. Reka bentuk juga telah diperbaharui, yang mana alat ganti atau perkakasan dari Compute Module lama tidak lagi disokong.

Ia turut menyokong dwi-pengantaramukaan HDMI sehingga 4K, single-lane PCI Express 2.0, 28 pin GPIO, paparan dwi-MIPI DSI, pengantaramukaan kamera dwi-MIPI CSI-2, pilihan memori dari 1GB RAM sehingga 8GB RAM jenis SDRAM, storan dalaman dari 8GB sehingga 32GB eMMC. Untuk grafik, VideoCore VI, OpenGL ES 3.x, nyahkod 4Kp60 H.265 video, 1080p60, 1080p30, H.264 turut disokong. Kemudian untuk rangkaian adalah, Gigabit Ethernet PHY dengan IEEE 1588, 2.4GHz + 5GHz 802.11b/g/n/ac WiFi dan juga Bluetooth 5.0.

Turut diberi pilihan adalah kit antena, yang mana boleh disambung pada soket terbina di Raspberry Pi baharu ini. Papan IO baharu dengan 40-pin GPIO turut ditawarkan yang mana kini mempunyai sokongan HDMI penuh, dua USB, kad microSD dan banyak lagi. Harga jualan Raspberry Pi Compute Module 4 ini adalah serendah $25, iaitu sekitar – RM104.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.