Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Lagi Peranti Huawei Dengan Cip MediaTek Dimensity 720 Tersenarai Di Geekbench - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Lagi Peranti Huawei Dengan Cip MediaTek Dimensity 720 Tersenarai Di Geekbench


Huawei sedia hadir dengan peranti pintar bersama penggunaan cip MediaTek Dimensity 720 sebelum ini – antaranya seperti Huawei Enjoy 20 Plus 5G dan Huawei Enjoy 20 5G. Dalam perkembangan terkini, sebuah lagi peranti Huawei dengan cip pemproses yang sama (berdasarkan kod MediaTek MT6853V/TNZA) telah ditemui di Geekbench. Peranti ini muncul dengan nombor model  JSC-AN00. Kalau anda perasan, ini adalah nombor yang sama dengan salah sebuah model di bawah siri Huawei Nova 8 yang tertiris sebelum ini.

Selain daripada pemproses, penyenaraian turut mendedahkan sejumlah spesifikasi lain termasuk ia mungkin mempunyai pilihan memori 8GB RAM dan menjalankan perisian Android 10. Markah penanda aras peranti turut dikongsi – di mana ia berjaya menjaringkan sebanyak 2,387 mata untuk ujian tunggal. Sementara, ujian pelbagai teras pula dilihat sebanyak 7,093 mata. Sehingga kini, masih belum jelas mengenai nama model. Tetapi spekulasi terbaru mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Huawei Nova 8 SE.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.