Selangor wujud peluang kerja bantu belia – EXCO
SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Selangor serius membantu golongan belia mendapatkan pekerjaaan apabila menyediakan RM76 juta menerusi Belanjawan Selangor 2021.
EXCO pembangunan generasi muda berkata peruntukan lebih besar kali ini dilihat bertujuan mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan di negeri ini.
“Ia satu usaha yang baik, selain memberi peluang pekerjaan Kerajaan Negeri bercadang menyediakan kemahiran untuk mereka bersesuaian dengan pasaran.
“Semoga usaha sebegini dapat mengurangkan jumlah pengangguran ketika pandemik Covid-19 seterusnya meningkatkan ekonomi rakyat,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini.
Terdahulu, menerusi Belanjawan Selangor 2021, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Selangor Kerjaya menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan, Inisiatif Selangor Automotif TVET, 1,000 Rakan Digital Selangor akan dilantik untuk membiasakan rakyat kepada aplikasi digital serta Inisiatif Selangor Freelancers.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment