Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan iQiyi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan iQiyi


iQiyi merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video, yang menawarkan sejumlah kandungan menarik. Ia telah sedia ditawarkan di Malaysia, dan ditawarkan oleh pihak Astro di Malaysia.

Terbaru, menurut laporan Reuters, beberapa pihak kini dalam perbincangan untuk mendapatkan iQiyi. Antaranya adalah dua gergasi China, iaitu Alibaba dan juga Tencent.

Untuk makluman, kedua-dua pihak mempunyai perkhidmatan penstriman sendiri. Alibaba mempunyai penawaran Youku di China, sementara Tencent pula mempunyai Tencent Video. Mengambil-alih iQiyi akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena penstriman video.

Menariknya, selain Alibaba dan Tencent, Bytedance – iaitu pemilik TikTok turut diperkatakan berminat mendapatkan perkhidmatan penstriman video iQiyi berkenaan.

Apa pun, apa yang menghalang kesemua pihak untuk membelinya adalah kerana nilai iQiyi yang dikatakan agak tinggi, mencapai sekitar $20 bilion.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.