Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple iPhone 12 Pro Max Menerima Skor DXO Sebanyak 130 – Menduduki Tangga Ke-4 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple iPhone 12 Pro Max Menerima Skor DXO Sebanyak 130 – Menduduki Tangga Ke-4


Semalam kita telah melihat pihak DXO hadir dengan skor untuk telefon iPhone 12 Pro, yang menerima skor sebanyak 128. Hari ini, DXO turut telah menerbitkan skor untuk iPhone 12 Pro Max, yang mana mencatatkan dua mata lagi tinggi, iaitu skor sebanyak 130.

Dengan skor ini, ia sekaligus meletakkan iPhone 12 Pro Max pada kedudukan ke-4 tangga peranti mudah-alih, dibelakang Huawei Mate 40 Pro, Xiaomi Mi 10 Ultra dan Huawei P40 Pro.

iPhone 12 Pro Max hadir dengan tri-kamera belakang, gabungan sensor 12-megapixel, sensor ultra-lebar 12-megapixel, dan sensor tele 12-megapixel. Ia turut hadir dengan tambahan sensor LiDAR bersama-sama dengannya.

DXO mengatakan telefon pintar ini menawarkan sokongan autofokus yang jitu dan pantas, kejituan rakaman pada keadaan cahaya  baik, dan penstabilan video yang efektif. Apa pun, ia diperkatakan masih terdapat kesan hinggar pada keadaan cahaya malap, selain warna yang tidak begitu semulajadi pada rakaman HDR.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.