Barangan Elektrik Di Perancis Akan Ada Pelekat Skor Kemudahan Untuk Dibaiki Bermula Tahun 2021
Barangan elektronik semakin lama semakin maju. Dari yang biasa sehinggalah yang pintar. Tidak kira dari peti sejuk, ketuhar, dapur masak, televisyen dan banyak lagi semuanya kini mempunyai versi biasa dan versi pintar. Disebabkan ada versi pintar, ini bermakna ada komponen tambahan dan ia menimbulkan persoalan dari kos baiki, jaminan dan banyak lagi.
Di Perancis bermula tahun 2021 ini, semua barangan elektronik akan mempunyai pelekat dengan skor kemudahan untuk dibaiki. Perkara ini dilakukan kerana hak membaiki pengguna di negara sana. Perkara ini turut akan membuatkan pengeluar barangan elektronik hadir dengan produk yang mudah dibaiki. Ini kerana pengguna pasti akan lebih gembira jika produk yang dibaiki mudah dibaiki.
Bukan itu sahaja, dalam kaji selidik dilakukan – kebanyakan pengguna di Eropah iaitu 77% lebih gemar membaiki daripada menggantikannya. Penggunaan skor pula dilihat mirip dengan iFixit kerana mengguna /10. Ini adalah perkara yang menarik dan dengan ada skor tinggi, pengguna mungkin boleh membaiki dengan sendiri.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment