Nokia 10 PureView Dilaporkan Sedang Melalui Ujian Prototaip – Dijana Snapdragon 875 Dan Skrin Dengan Kaca Nilam
HMD Global adalah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan peranti di bawah jenama Nokia. Semua peranti Nokia ini dilihat menggunakan sistem operasi mirip Android asli, menyokong kemaskini pantas dan fokus kepada peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan.
Nokia ada juga peranti kelas mercu, sayang sekali ia tidak begitu hebat dan setanding dengan pesaing. Malah, jualan juga terhad di beberapa pasaran dan ia kerap menerima kecaman. Tetapi itu tidak bermakna pihak HMD Global akan mengalah. Terkini, peranti yang dikatakan Nokia 10 PureView sedang diuji dalam fasa prototaip.
Peranti ini dilaporkan akan menggunakan skrin dengan kaca nilam dan juga dijana dengan cip pemprosesan terkini dari Qualcomm – iaitu Snapdragon 875. Kamera dikatakan akan kekal dengan lensa dari Zeiss, bahan binaan peranti mungkin mirip dengan Nokia 8 Sirocco dan ia juga mungkin akan mengekalkan dengan rekaan skrin melengkung.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment