Apple Mungkin Menambah Sokongan Multi-Akaun Untuk iPad Dan iPhone Pada Masa Akan Datang
Apple kini dilihat telah memfailkan paten baru, memperlihatkan mereka mungkin menambah sokongan multi-akaun untuk peranti mudah-alih mereka.
Langkah ini semestinya diminati ramai – terutamanya ibubapa yang mempunyai anak yang sering menggunakan peranti mmilik ibu bapa, sekaligus mengasingkan penggunaan.
Apa pun, cabaran yang akan didapati adalah menyulitkan storan akaun berkenaan mengikut pengguna. Melalui paten ini, Apple melihat untuk menawarkan sekuriti dengan mengasingkan storan mengikut pengguna dan menyulitkannya.
Buat masa ini, ia hanya pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment