Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Hadir Dengan “Kids Activity Report” Untuk Ibu Bapa Memantau Aktiviti Anak-Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Hadir Dengan “Kids Activity Report” Untuk Ibu Bapa Memantau Aktiviti Anak-Anak


Netflix adalah platform penstriman video yang amat popular. Ia digunakan oleh ramai pengguna tidak kira usia. Netflix turut membenarkan pengguna yang ada anak-anak kecil, menetapkan satu profil khusus yang mana akan memaparkan kandungan yang bersesuaian sahaja.

Terkini, Netflix hadir dengan “Kids Activity Report” untuk memudahkan lagi ibu bapa memantau aktiviti anak-anak. Fungsi ini akan memaparkan data-data berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak kecil. Contohnya rancangan apa yang kerap ditonton, cadangan rancangan baharu, memaparkan watak kegemaran, menjana kuiz dan lukisan untuk anak kecil mewarna dan banyak lagi.

Semua ini juga akan memudahkan ibu bapa lebih meluangkan masa dengan anak-anak. Selain tidak perlu sentiasa menonton rancangan kanak-kanak bersama-sama. Ibu bapa boleh sahaja melakukan kerja sendiri sambil memantau dari aplikasi. Secara tidak langsung, fungsi ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan anak dengan ibu bapa – kerana ibu bapa boleh lebih mengerti apakah yang disukai oleh anak-anak mereka.

Netflix turut memperlihatkan profil baharu untuk keluarga. Profil ini akan mengehadkan kandungan dengan pengkadaran PG-13 sehingga TV-14, iaitu yang sesuai ditonton pada usia 13-14 tahun, tonton bersama keluarga atau juga untuk tontonan umum. Berbeza dengan profil kanak-kanak yang terhad dengan kandungan yang digemari mereka yang masih berada di tadika atau sekolah rendah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.