Apple Sedang Melihat Untuk Memperkenalkan Perkhidmatan Langganan Podcast Berbayar
Apple kini dilaporkan sedang melihat untuk memperkenalkan perkhidmatan langganan podcast berbayar – sekaligus mencabar perkhidmatan lain, termasuk Spotify.
Pada hari ini, penggunaan aplikasi podcast pada iPhone dan peranti Apple lain adalah antara yang tertinggi di pasaran. Melalui penawaran perkhidmatan langganan baharu ini, ia akan mengenakan bayaran untuk pengguna mendengar sesuatu podcast.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan lebih menguntungkan penerbit podcast – yang boleh menjana pendapatan tambahan untuk podcast yang diterbitkan mereka, sementara pengguna membayar untuk mendengarnya.
Pada hari ini, terdapat sejumlah penyedia perkhidmatan – termasuk Spotify dan Amazon yang telah membeli penerbit podcast. Langkah mereka adalah lebih kepada menawarkan kandungan eksklusif pada platform mereka – dan lebih menguntungkan kerana masa mendengar podcast adalah lebih lama, dan perbezaan bayaran royalti berbanding untuk lagu.
Apa pun, langkah Apple ini mungkin memberikan impak yang tinggi kepada pasaran.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan penawaran ini. Tidak mustahil juga kelak kita lihat ia diintegrasikan bersama berkas Apple One.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment