Hi! Welcome Back and Stay Tune! Covid-19: SMK Bukit Besar, Terengganu, diarah tutup, tangguh pembelajaran bersemuka calon SPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Covid-19: SMK Bukit Besar, Terengganu, diarah tutup, tangguh pembelajaran bersemuka calon SPM


 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan yang bermula Khamis lepas sehingga 10 Feb itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini ditutup selama 14 hari berikutan seorang guru dan seorang pelajar disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan yang bermula Khamis lepas sehingga 10 Feb itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di sekolah itu.

“Penutupan sementara sekolah tersebut dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

“Sehubungan itu, semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Arahan penutupan itu juga menyebabkan sesi pembelajaran secara bersemuka melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Bukit Besar terpaksa dihentikan sepanjang tempoh berkenaan.

Sebelum ini, 15 sekolah diarah tutup, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman, SK Gong Tok Nasek, SK Sultan Sulaiman 1, SK Paloh, SK Paya Bunga, SK Pusat Cabang Tiga dan SK Bukit Apit. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.