iPhone 2021 Akan Akhirnya Hadir Dengan Takuk Skrin Lebih Kecil
Takuk skrin pada iPhone X menjadi bahan jenaka pada awalnya sebelum kemudian digunakan juga pada peranti Android. Selepas empat tahun Apple masih teguh menggunakan rekaan bertakuk ini walaupun sudah wujud teknologi lain yang lebih elegen. Kini menurut laporan DigiTimes, iPhone 2021 akan akhirnya hadir dengan takuk lebih kecil.
Ini dilakukan dengan menggabungkan sensor kamera infra merah dengan pemancar titik (yang memetakan wajah secara 3D) ke dalam satu sensor. Ini sekaligus akan mengecilkan saiz takuk tetapi masih tidak akan menghilangkannya terus seperti pada ZTE Axon 20 tahun lalu. Kepada mereka yang tidak gemarkan takuk pada iPhone, tahun ini iPhone 12S (nama yang dipercayai akan digunakan) turut akan dilancarkan dalam empat model berbeza.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment