Sony Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Dan Perisian Suntingan Audio 360 Reality Audio
Bersama-sama dengan pelancaran pembesar suara pintar 360 Reality Audio, Sony turut hadir dengan dua perkhidmatan memfokuskan teknologi ini. Sony kini menawarkan perkhidmatan penstriman, agar konsert selebriti atas talian mempunyai pengalaman seakan konsert sebenar. Bukan itu sahaja, Sony turut menawarkan perisian suntingan audio untuk audio 360 Reality Audio.
Konsert atas talian pertama 360 Reality Audio adalah konsert Zara Larsson, yang mana distrim secara eksklusif di aplikasi Artist Connection. Pengguna dengan produk 360 Reality Audio seperti Sony WF-100XM3 atau XM4 boleh menggunakan aplikasi Headphones Connecct untuk tetapan tambahan agar pengalaman lebih menarik. 360 Reality Audio adalah teknologi audio spatial dan Sony mengharapkan teknologi akan digunakan secara meluas sepanjang Covid-19.
Untuk perisian, Sony memperkenalkan 360 Reality Audio Creative Suite. Perisian ini ingin ditawarkan kepada pemuzik, ia menyokong format DAW, dan dengan perisian ini muzik dengan sokongan 360 Reality Audio boleh dihasilkan. Sony turut ingin kembangkan lagi kandungan ini, kerana setakat ini menurut Sony hanya ada 4,000 muzik yang menyokong 360 Reality Audio. Artis yang hadir dengan muzik ini adalah from Alicia Keys, Lil Nas X, Megan Thee Stallion, Noah Cyrus, Zara Larsson dan banyak lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment