Sumbang Mahram : Kita Perlukan Penglibatan Saintis, Pakar Saikoloji, Pakar Sosiologi Untuk Mengatasinya
Sila baca berita sedih berikut (Utusan Malaysia) :
My comments :
Daripada pengalaman saya bersama isteri membantu kanak-kanak kurang bernasib baik (lelaki dan perempuan) termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa cabul dan diperkosa pada umur muda, kami melihat bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa sedemikian akan mempunyai pelbagai masalah emosi, saikoloji dan kekeliruan moral mereka sendiri sewaktu mereka membesar. Seolah minda mereka sudah 'short circuit'. Seluruh hidup mereka boleh terancam akibat daripada mengalami pencabulan, rogol dsbnya.
Contohnya ada juga kes kanak-kanak yang dicabul tidak boleh tidur malam untuk bertahun-tahun lamanya. Mereka takut untuk tidur malam sebab hampir kesemua serangan rogol dan pencabulan yang mereka alami berlaku pada waktu lewat malam bila mereka sedang tidur. Kemudian pada siang hari pula mereka akan mengantuk di sekolah dan di rumah dan tidak dapat menghabiskan pelajaran sekolah atau kerja rumah.
Mangsa seperti ini juga sering mempunyai sikap tidak percaya langsung (no trust) kepada orang dewasa kerana mereka dicabul dan dirogol oleh orang dewasa. Kanak-kanak mangsa ini perlu didekati dengan sangat cermat dan penuh perasaan 'kasih sayang' yang genuine untuk kembalikan semula kepercayaan mereka terhadap orang dewasa, terhadap hidup secara normal dan juga terhadap masyarakat amnya. They lose faith in adults, in obeying rules and in society as a whole.
Jadi oleh kerana berlaku banyak juga kes sumbang mahram dalam negara kita, terutama sekali di kalangan orang Melayu kita perlu mengambil tindakan pro-active untuk sentiasa monitor kesihatan mental dan saikoloji mangsa-mangsa rogol dan pencabulan terutama sekali mangsa di bawah umur. Dan sebarang usaha yang sebegini mesti dibuat dengan sangat cermat dan secara halus untuk tidak memberi tekanan (tension dan stress) kepada bekas mangsa itu. We have to be very careful.
Kenyataan oleh Polis wanita itu mengatakan bahawa kes sumbang mahram paling ramai melibatkan kaum bapa Melayu - 596 kes dalam tempoh dua tahun (2018 - 2020). India pula 36 kes dan Cina 20+ kes.
Maksudnya kes sumbang mahram di kalangan Melayu adalah hampir TIGA PULUH kali ganda kes orang Cina. Padahal bilangan orang Melayu hanya DUA KALI ganda bilangan orang Cina dalam negara kita.
Tambah lagi orang Cina tidak amalkan memakai tudung kepala, memakai baju labuh ikut syarak dsbnya. Mereka tidak belajar kelas agama Islam pun. Masyarakat Cina biasa dengan wanita memakai skirt, seluar pendek, baju lengan pendek dan sebegitu. Dan mereka tidak mengalami masalah sumbang mahram yang perlu dikhuatiri sangat. 20+ kes dalam temoh dua tahun itu maksudnya hanya 10 kes setahun dalam jumlah orang Cina seramai LAPAN juta atau lebih.
Tetapi apa sudah jadi dengan pengaruh puak lebai dan puak agamawan kita? Setiap tahun rakyat marhaen terpaksa menyumbangkan peruntukan Bajet berbillion Ringgit kepada geng lebai kononnya untuk mengajar dan bimbing masyarakat dalam tata tertib agama.
Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini puak lebai sendiri terlibat dalam kes rogol, liwat, cabul dan banyak lagi sehingga Menteri Agama terpaksa mengadakan pertemuan umum dengan puak lebai untuk menasihati mereka jangan terlibat dalam kes salah laku seks. Ada juga puak lebai guna duit hasil untuk beli kereta Mecedi. Nauzubillah.
Dan pendidikan agama daripada tadika hingga ke SPM, STPM, diploma dan universiti pun tidak membantu mengatasi masalah ini.
Masalah salah laku seks, liwat, cabul, rogol, sumbang mahram dsbnya perlukan pendekatan saikoloji yang saintifik, moden dengan penggunaan lojik untuk mengatasinya.
Contohnya di negara lain cara yang mudah yang telah proven memberi kesan mengurangkan kes anak luar nikah ialah BUKAN untuk menghalalkan seks luar nikah tetapi menyediakan kaedah birth control yang simple dan mudah (kondom, pil hamil dsbnya) yang boleh mengelak berlaku kes anak luar nikah dan kes buang bayi. Inilah antara kaedah saintifik yang simple dan berkesan untuk menangani perkara ini. Merotan dan penjarakan anak muda tidak dapat mengurangkan masalah buang bayi. Bilangan kes ini masih meningkat.
Kita perlu melibatkan pakar saintis, ahli saikoloji dan sosiologi yang boleh bantu mengatasi masalah ini dan bukan jemput tikus untuk membaiki labu. Jangan haraplah puak lebai memberi sebarang penyelesaian kepada sebarang masalah yang melanda masyarakat kita.
Kita juga perlu membuat perbandingan saikoloji masyarakat (sosial psychology) kenapa kes sumbang mahram sangat kurang di kalangan orang Cina dan India. Ramai Cina dan India pun kerja buruh, kelindan lori, berniaga sendiri, menganggur, duduk dalam rumah flat yang sempit dsbnya. Kita perlu buat perbandingan sosial dan saikoloji.
Sebagai contoh simple jika kita melihat antara tiga ekor ayam dalam sebuah reban, bahawa dua ekor ayam itu hidup happy dan senang tetapi hanya seekor sahaja yang banyak masalah maka kita boleh observe untuk melihat fe'el dua ekor ayam yang ok itu berbanding dengan ayam yang bermasalah tadi. Ketiga-tiga ayam makan dan minum yang sama, tidur dalam reban yang sama. Jadi apakah perbezaan yang membawa kepada fe'el yang berlainan itu?
Kita perlu celik akal. We have to open our eyes.
Dengan menggunakan lojik, akal dan kaedah saintifik kita boleh mengatasi semua masalah kita.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment