Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Memperkenalkan Modem 5G Dengan Kepantasan 10-gigabit – Tetapi Anda Masih Belum Boleh Menikmatinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Memperkenalkan Modem 5G Dengan Kepantasan 10-gigabit – Tetapi Anda Masih Belum Boleh Menikmatinya


Qualcomm hari ini telah mengumumkan pencapaian terbaru mereka dengan pengenalan modem X65 terbaru yang menawarkan akses 5G kepada kepantasan sehingga 10-gigabit. Qualcomm mengatakan penawaran mereka ini adalah modem pertama yang berjaya mencapai kelajuan tersebut – lebih pantas berbanding X60 yang sebelum ini mencapai had 7.4Gbps.

Modem Qualcomm X65 ini kini pada fasa akhir pembangunan, dan sedia diuji oleh sejumlah rakan kerjasama dan pengeluar – sebelum ia dipasarkan melalui peranti kelak pada tahun ini.

Qualcomm X65 ini turut menawarkan ciri antena berasaskan kecerdasan buatan yang menambah baik prestasi selular, serta menjimmatkan tenaga. Disamping itu, ia turut menyertakan ciri seperti Qualcomm 5G PowerSave 2.0 dan juga Qualcomm Smart Transmit 2.0 – masing-masing memfokuskan kepada penjimatan tenaga, selain meningkatkan kelajuan muat-naik.

Qualcomm sendiri menekankan kepada ciri sokongan kepantasan data mencapai 10 Gigabit yang disertakan bersama dengan penawaran modem ini.

Walaupun kita mungkin tidak melihat ia disertakan pada peranti dalam masa terdekat, tetapi persoalan sebenar bagi pengguna semestinya adalah berkenaan dengan bilakah syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan akan menawarkan sokongan kepantasan data selaju 10-gigabit ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.