Samsung Mungkin Hadir Dengan Komputer Windows 10 Dijana Cip Exynos Dan GPU AMD
Samsung kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan komputer Windows 10 yang dijana dengan cip pemprosesan keluaran mereka tersendiri, iaitu siri Exynos.
Melengkapkan komputer riba ini juga dijangka adalah sokongan GPU daripada pihak AMD – salah satu kerjasama yang sedia diumumkan pihak Samsung sebelum ini untuk peranti mudah-alih.
Samsung dijangka memperkenalkan komputer riba berasaskan cip Exynos ini pada pertengahan kedua 2021 ini. Langkah ini juga adalah selari dengan pihak Qualcomm yang mula mempromosikan peranti Windows 10 yang dijana cip mereka, selain Apple yang turut memasarkan komputer menggunakan cip pemprosesan tersendiri.
Sebelum ini, pihak Samsung sedia memperkenalkan komputer riba berasaskan cip ARM – tetapi menggunakan penawaran Qualcomm, dan bukannya Exynos mereka tersendiri.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment