AirAsia Akan Mula Menguji Penghantaran Barangan Menggunakan Dron
Penghantaran barangan menggunakan dron telah diperkatakan sejak setahun dua kebelakangan ini, dimana dijangka akan mengurangkan masa penghantaran, dan mempercepatkan lagi proses berkenaan.
Terbaru, AirAsia mengumumkan mereka akan memulakan ujian penghantaran baranga menggunakan dron – di Cyberjaya tidak lama lagi.
Ujian ini adalah selari dengan Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) yang ingin memudahkan pembangunan dan pengenalan komersil untuk sejumlah teknologi terbaru.
Menurut AirAsia, projek rintis ini akan menggunakan dron automatik bagi tempahan melalui laman AirAsia Shop. Ujian ini akan dilaksanakan melalui pendekatan selama enam bulan di tapak NTIS di Cyberjaya.
Perkhidmatan ini akan dilaksanakan pada fasa ujian hasil kerjasama dengan dua pengendali dron tempatan, iaitu VStream Revolution dan juga Meraque Services.
Fasa pertama projek di Cyberjaya ini bertujuan untuk menilai keupayaan, pengalaman, proses kelulusan, kesediaan dron dan pengembangan perkhidmatan oleh pengendali dron. Perkhidmatan ini dijangka akan dilancarkan setelah fasa percubaan berjaya dan mungkin diperluaskan di luar persekitaran sandbox.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment