Ini Ialah Prototaip Skop Aimbot Dunia Sebenar Yang Bakal Digunakan Tentera Amerika Syarikat
Sejak senjata api dicipta di China pada kurun ke-10, pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan ketepatan tembakan yang dilepaskan. Peluru yang lebih aerodinamik, laras lebih panjang, rifling dan skop yang lebih baik telah dibangunkan. Kerap kali inspirasi diambil dari cereka sains dan permainan video. Terkini Smart Shooter telah memperlihatkan rekaan prototaip skop raifal mereka yang memberikan kemampuan seakan aimbot dalam permainan video.
Prototaip di atas dibangunkan di bawah Individual Weapon Overmatch Optic (IWOO) dan adalah berasaskan sistem SMASH 2000 yang telah diuji oleh tentera Amerika Syarikat tahun lalu. Smart Shooter, sebuah firma dari Israel perlu membangunkan sistem skop baharu yang memenuhi spesifikasi Irregular Warfare Technical Support Directorate (IWTSD) Jabatan Pertahanan A.S.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, SMASH 2000 ialah skop aimbot untuk kegunaan di dunia sebenar. Ia adalah skop yang mengesan sasaran, melakukan perkiraan di mana anggota perlu membidik sebelum akhirnya memberitahu bilakah picu raifal perlu ditarik untuk memastikan tembakan tepat sepanjang masa. Ia telah digunakan tentera Israel untuk menambak jatuh dron yang sedang bergerak di udara,
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment