Meitu Menamatkan Kerjasama Dengan Xiaomi Dan Keluar Dari Perniagaan Telefon Pintar
Meitu dan Xiaomi menandatangani kerjasama untuk menghasilkan telefon pintar yang menyasarkan kecantikan pada tahun 2018. Tetapi hanya selepas dua tahun, kerjasama antara syarikat telah ditamatkan dan Meitu secara rasmi keluar dari perniagaan telefon pintar.
Pengumuman dilakukan oleh CEO Meitu Wu Xinhong dalam acara tahunan syarikat. Kesemua paten dan lesen yang diberikan kepada Xiaomi telah diambil semula. Pada waktu yang sama mereka menarik diri dari perniagaan telefon pintar. Sepanjang kerjasama dengan Xiaomi, hanya satu peranti sahaja dihasilkan iaitu Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition.
Sebelum itu Meitu menghasilkan peranti mereka sendiri yang hadir dengan perisian khusus yang mengubah wajah menggunakan topeng realiti terimbuh yang kini sudah menjadi kebiasaan pada pelbagai aplikasi media sosial. Hanya dua tahun lalu, mereka mengumumkan kerjasama dengan Huawei untuk menghasilkan algoritma kamera yang lebih baik. Tidak diketahui sama ada pengumuman semalam turut akan mendatangkan impak kepada Huawei pada waktu ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment