Hi! Welcome Back and Stay Tune! OCBC Menggunakan Pengecaman Wajah Untuk Transaksi ATM Di Singapura – Gantikan Kad ATM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OCBC Menggunakan Pengecaman Wajah Untuk Transaksi ATM Di Singapura – Gantikan Kad ATM


OCBC kini menggunakan ciri pengecaman wajah untuk pengesahan sebarang transaksi melalui ATM di Singapura – sekaligus menggantikan penggunaan kad ATM oleh pengguna.

Untuk fasa permulaan, OCBC menguji ciri pengesahan biometrik ini  di sekitar lapan ATM yang terletak di Singapura – serta membolehkan pengguna melakukan semakan baki akaun.

Pengguna akan diperlukan memasukan nombor kad pengenalan mereka, dan pengesahan akan dilakukan melalui imbasan wajah. Seterusnya, pengguna boleh mengakses dan melakukan transaksi perbankan mereka.

OCBC menggunakan teknologi SingPass Face Verification yang dihubungkan ke data kebangsaan untuk tujuan pengesahan ini.

Dengan pengesahan ini, ia sekaligus dikatakan menawarkan ciri sekuriti yang lebih baik, dan mengelak sebarang salah guna disebabkan oleh kehilangan kad ATM oleh pengguna.

OCBC merancang untuk memperluaskan ciri ini ke semua 550 ATM di Singapura secara berperingkat, dan memperluaskannya untuk transaksi lain termasuk pengeluaran wang, pembayaran dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.