Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak sempat bertunang, rumah musnah terbakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak sempat bertunang, rumah musnah terbakar


 

Api merebak pantas di rumah separa batu dan kayu ini yang terletak di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, Batu Pahat hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas. (Gambar Bernama)

BATU PAHAT: Sebuah rumah musnah terbakar kira-kira sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong.

Saksi kejadian yang juga jurugambar majlis berkenaan, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata kebakaran berlaku kira-kira 1.20 petang, manakala majlis pertunangan sepatutnya berlangsung 2.30 petang.

Ketika itu, katanya, beliau sedang bersiap-siap untuk melakukan tugasan mengambil gambar, tetapi dikejutkan dengan api marak yang membakar rumah tersebut.

“Keadaan menjadi kelam-kabut sehinggakan ahli keluarga pasangan itu tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan, termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.

“Ada di antara ahli keluarga yang pengsan dan cedera melecur kerana nekad mahu menyelamatkan kenderaan berhampiran, selain cedera kerana terpijak kaca,” katanya ketika dihubungi.

Izzat berkata, kebakaran dipercayai akibat litar pintas di bahagian dalam rumah itu menyebabkan api merebak pantas berikutan struktur rumah separa batu dan kayu.

Katanya, ketika kejadian, dianggarkan 100 tetamu berada di rumah berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, kebakaran memusnahkan hampir 80% rumah tersebut serta sebuah motosikal.

“Seramai 22 anggota bomba berserta tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.18 petang.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 3.34 petang.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.