Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ustazah Raba Bontot : Kewujudan Parrallel System Yang Merosakkan Sistem Pendidikan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ustazah Raba Bontot : Kewujudan Parrallel System Yang Merosakkan Sistem Pendidikan Negara


 https://m.malaysiakini.com/news/571660


Apakah bezanya antara guru yang mengajar biologi, fizik, kimia dan matematik berbanding dengan guru agama?

Guru biologi, fizik dan matematik sangat perlu kepada penggunaan akal untuk mencari hidup. Kalau guru matematik, biologi dan fizik tidak menggunakan akal, maka guru itu bukan saja akan gagal dalam tugasnya sebagai pendidik dan pengajar tetapi dia tidak boleh cari hidup.  Modal hidup mereka adalah penggunaan akal.

Guru agama pula sebaliknya sangat, sangat perlu kepada TIDAK MENGGUNAKAN AKAL atau JANGAN MENGGUNAKAN AKAL bukan saja untuk mencari hidup tetapi juga untuk mengajar anak-anak muda. Kalau guru agama BOLEH menggunakan akal, maka guru itu bukan saja akan gagal dalam tugasnya sebagai pendidik dan pengajar agama tetapi dia tidak boleh cari hidup. Modal hidup mereka adalah JANGAN MENGGUNAKAN AKAL. 

Inilah beza besar antara guru yang mengajar bidang sains dan guru yang mengajar bidang agama.

Perkataan Sains berasal daripada perkataan Latin 'Scientia' yang bermaksud ilmu atau 'ilm dalam bahasa arab. Jadi sebenar-benarnya sains itu adalah 'ilm dan 'ilm adalah sains.  Sains atau 'ilm berasaskan penggunaan akal.

Sejak kurang lebih 30 tahun yang silam pentadbiran dan pengurusan sistem sekolah Kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Asrama) di Malaysia telah mengalami evolusi mental yang telah membawa kepada SOP ustazah raba bontot penuntut, penuntut perempuan dicabul dan serupa itu. SOP raba bontot sudah diterima pakai bukan saja oleh sistem sekolah, sistem jabatan pendidikan, sistem sekolah asrama penuh dan sistem kementerian pendidikan tetapi juga oleh para penuntut sekolah sendiri.

Hanya selepas isu ini dibangkitkan di media sosial baru ini maka kita pun faham bahawa ustazah raba bontot penuntut sudah menjadi SOP dalam sistem pendidikan kita sejak lebih 20 tahun (ikut aduan yang diluahkan oleh seorang bekas mangsa raba bontot.)

Soalan besarnya ialah apakah terdapat Surat Pekeliling daripada Kementerian  atau Jabatan Pendidikan yang membenarkan ustazah membuat spot check 'datang bulan' bagi anak-anak sekolah? Apakah terdapat Surat Pekeliling daripada Kementerian atau Jabatan Pendidikan negeri yang membenarkan ustazah meraba bontot penuntut sekolah sewaktu spot check 'datang bulan'?  Apakah gurubesar atau pengetua sekolah SMK dan sekolah asrama penuh mengizinkan ustazah meraba bontot penuntut sekolah?  Maksudnya is it done with the compilicity and approval of the departments, ministry and/or the school principals? 

Jawapan ringkas nya ialah TIDAK.  

Jadi dari mana kah datangnya 'keberanian' dan 'autoriti' para ustazah itu untuk mewujudkan SOP meraba bontot penuntut wanita selama lebih  20 tahun?

Apakah sebabnya tidak ada seorang pun daripada beribu orang pengetua sekolah, ketua jabatan peringkat negeri atau pun Menteri yang bertanggungjawab langsung tidak ambil peduli SOP raba bontot yang telah betreusan secara non stop selama lebih 20 tahun ini? 

Jawapannya ialah sejak 30 tahun yang silam guru agama (ustaz dan ustazah) dalam sistem pendidikan negara kita (daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sampai ke universiti) telah diberi autoriti atau lesen yang jauh melebihi keupayaan mereka untuk menggunakan akal dalam mendidik anak-anak muda.

Maka ustaz dan ustazah mempunyai "veto power" untuk membatalkan sebarang aktiviti sekolah yang tidak boleh dimuat naik ke dalam sistem pemikiran 'TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN AKAL' mereka. 

Maka ustazah boleh syaratkan bahawa anak perempuan Melayu hanya dibenarkan masuki sukan netball. Penuntut perempuan bangsa lain (yang tidak pakai pelitup badan) tidak dibenarkan bermain bersama. 

Ada pula ustaz dan ustazah yang "haramkan" mainan chess (catur). Anak perempuan tidak dibenarkan memasuki acara sukan berlari. 

Penuntut universiti yang jaguh berenang tidak digalak memakai swimming shorts singkat untuk lelaki sewaktu berenang. Guru sukan, pengetua sekolah dan coach renang tidak boleh bantah apa pun. 

Muzik, drama dan tarian jadi sasaran besar para ustaz dan ustazah. Guru muzik dan pengetua sekolah tidak boleh bantah apa pun.  

Topik perdebatan sekolah (school debate) dipantau rapi oleh ustaz dan ustazah. Topik yang boleh membuka minda anak-anak sekolah atau topik-topik yang bakal menimbulkan soalan-soalan seperti sebab-menyebab hukum agama, sebab-menyebab kewujudan konsep ketuhanan dsbnya adalah toksik dan sangat berbahaya untuk periuk nasi ustaz dan ustazah.  Guru bahasa (terutama sekali guru bahasa Inggeris) dan pengetua sekolah tidak boleh bantah apa pun. 

Pemilihan tahunan murid cemerlang di sekolah-sekolah sangat-sangat dipengaruhi ustaz dan ustazah. Walaupun anak murid itu cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan sekolah tetapi tanpa cap ok ustaz dan ustazah seseorang anak itu boleh dipinggirkan. Anak perempuan yang mendapat semua A dalam semua matapelajan dan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh jadi tidak terpilih jika tidak menutup kepala. 

Jadi sejak 30 tahun yang sudah sistem persekolahan kita sudah pecah menjadi dua SOP.  Ia sudah menjadi 'parrallel system'  atau sistem "dua aliran" pentadbiran sekolah dan sistem pendidikan kita.

Satu aliran berasaskan sistem 'penggunaan akal'. Malang sekali aliran yang berteraskan penggunaan akal ini makin tewas. 

Aliran 'TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN AKAL' makin dominan dalam sistem pendidikan kita. 

Dan sekarang kita pun sudah tiba pada zaman di mana ustazah raba bontot penuntut perempuan sebagai SOP harian di sekolah.  Aliran TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN AKAL sudah mengatasi aliran PERLU MENGGUNAKAN AKAL.   Itulah al-kisahnya.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.