Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Bagai cerita kartun, karut’, Zahid jawab dakwaan hilang kepercayaan Nazri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Bagai cerita kartun, karut’, Zahid jawab dakwaan hilang kepercayaan Nazri


 

Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan Mohamed Nazri Aziz bahawa Ahli Parlimen Umno hilang kepercayaan terhadapnya adalah karut.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan kononnya 25 Ahli Parlimen daripada parti itu hilang kepercayaan terhadapnya sebagai karut.

Zahid secara sinis turut menyifatkan dakwaan itu bagai cerita kartun.

“Hilang kepercayaan kepada MP (Ahli Parlimen) lain? Cerita kartun,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen termasuk beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Zahid sebagai Presiden Umno.

Nazri berkata, tindakan itu dibuat selepas Zahid dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Berikutan itu, Nazri bersama 24 Ahli Parlimen lain membuat sokongan supaya Menteri Luar Hishamuddin Hussein diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.