Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Nancy Shukri meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Nancy Shukri meninggal dunia


 

Sepanjang hayatnya, Bibi MacPherson@McPherson bergiat aktif dan menyumbang bakti kepada wanita di kawasan luar bandar.

PETALING JAYA: Ibu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri menghembuskan nafas terakhir di kediaman Ahli Parlimen Batang Sadong itu pada 11.54 malam tadi.

Bibi MacPherson@McPherson, 90, meninggal dunia kerana sakit tua, menurut laporan Astro Awani.

Bibi merupakan anak pertama daripada dua beradik kepada pasangan John Andrew McPherson, Residen Kapit berketurunan British Scottish semasa pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke, manakala ibunya Chua Eng Dok, berbangsa Cina Iban.

Lahir pada 1930, Bibi bagaimanapun tinggal bersama pengasuh bernama Rokiah ketika ayahnya dibunuh tentera Jepun semasa dalam perjalanan menyelamatkan diri di Batang Ai.

Dibesarkan di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching, Bibi kemudian bertemu jodoh dengan seorang guru berbangsa Melayu Melanau dari Kampung Santubong, Shukri Mahidi, pada 1948 dan dikurniakan 11 cahaya mata, dengan Nancy merupakan anak ke-10.

Sepanjang hayatnya, Bibi bergiat aktif dan menyumbang bakti kepada wanita di kawasan luar bandar melalui Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), serta aktif dalam politik. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.