Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD ketika selenggara penyaman udara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD ketika selenggara penyaman udara


 

Menurut polis, mangsa yang ditemui terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi itu mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika sedang melakukan penyelenggaraan penyaman udara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, satu bunyi dentuman dari arah luar lobi didengari anggota bertugas di kaunter pertanyaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

“Lelaki terbabit terjatuh ketika melakukan penyelenggaraan penyaman udara di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi,” katanya semalam menurut laporan Harian Metro.

Zainal berkata, pihak polis kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.