Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tarik balik kuasa JKR selia jalan raya di Sabah mungkin bermotif politik, kata penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tarik balik kuasa JKR selia jalan raya di Sabah mungkin bermotif politik, kata penganalisis


 

Awang Azman Awang Pawi berkata, pemindahan kuasa menyelia jalan raya daripada Jabatan Kerja Raya juga dilihat sebagai usaha Bersatu mengekang pengaruh Umno di Sabah kerana Kementerian Kewangan negeri diterajui dua pemimpin Bersatu.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berkata, tindakan Kementerian Kewangan Sabah menarik semula kuasa dan mengambil alih tugas menyelia jalan raya di negeri itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mungkin bermotifkan politik.

Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai usaha Bersatu mengekang pengaruh Umno di Sabah memandangkan Kementerian Kewangan negeri itu diterajui pemimpin Bersatu, Hajiji Noor yang juga ketua menteri dan Masidi Manjun.

“Sudah pasti tindakan ini dilihat sebagai usaha untuk mengekang pengaruh Umno untuk menjadi lebih besar kerana jalan raya merupakan salah satu sumber kepada pelbagai kontraktor di Sabah,” katanya kepada FMT.

Semalam, Bung Moktar Radin yang juga timbalan ketua menteri dan menteri kerja raya Sabah membidas tindakan Kementerian Kewangan negeri menarik balik kuasa JKR menyelia jalan raya di negeri itu.

Ketua Barisan Nasional dan Umno Sabah itu berkata, lebih “pelik” apabila kuasa itu dipindahkan kepada Kementerian Kewangan yang langsung tidak memiliki jurutera berbanding JKR.

Katanya, beliau mempersoalkan perkara itu bukan kerana tidak dapat mengendalikan penyeliaan jalan raya di Sabah, sebaliknya kerana kemarahan rakyat terhadap kualiti jalan raya di negeri itu.

Awang Azman berkata, Umno dan Bersatu masing-masing mahu memperkuatkan parti dan perlu memberikan yang terbaik kepada penyokong mereka, termasuk peluang kontrak dalam kawal selia jalan raya di Sabah.

Tanpa kuasa mengawal kawal selia JKR, katanya, kuasa politik Bung semakin terhakis kerana tiada apa yang beliau dapat lakukan untuk membantu penyokong Umno.

“Makanya, ini akan memberi impak kepada keadaan politik di Sabah dengan hubungan Umno dan Bersatu boleh menjadi dingin serta tegang.”

Sementara itu, Romzi Ationg daripada Universiti Malaysia Sabah berkata, tindakan Bung yang lantang mempertikaikan keputusan Kementerian Kewangan Sabah pasti memberi impak kepada persepsi rakyat.

Katanya, rakyat mungkin melihat perkara itu sebagai petanda wujudnya konflik antara pemimpin kerajaan.

“Ini juga boleh menyumbang kepada kemerosotan keyakinan rakyat, jika tidak ditangani dengan baik dan lebih berhemah.

“Kita berharap kritikan Bung tidak akan menjejaskan hubungan Umno dan Bersatu, tetapi kritikan terbuka seperti ini membuka ruang kepada persepsi negatif rakyat dan penyokong kedua-dua parti itu, maka ianya berupaya menjejaskan hubungan Umno dan Bersatu.”

Bagaimanapun, beliau berharap masalah berkenaan dapat ditangani dengan baik kerana kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan ia wajar diselesaikan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.