Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umno bercanggah pendapat untuk cari titik persamaan, jadi tunjang kerajaan, kata ahli MKT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umno bercanggah pendapat untuk cari titik persamaan, jadi tunjang kerajaan, kata ahli MKT


 

Walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai ‘kabilah’, namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan, kata seorang ahli MKT. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Percakaran demi percakaran yang berlarutan dalam Umno tidak bermakna parti yang berpaksikan akar umbi itu sudah lemah, kata seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Abdul Rahman Dahlan ketika dihubungi FMT berkata, walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai “kabilah”, namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan.

Ketua Umno Bahagian Tuaran itu berkata, percanggahan idea yang dilontarkan oleh pemimpin Umno adalah bagi mencari “titik persamaan” untuk mengembalikan Umno sebagai tunjang kerajaan dan menang pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

“Setiap dalaman parti bergolak, walaupun wujud perbalahan tetapi tidaklah terlalu mudarat sehingga kita tidak lagi boleh duduk bersama. Percanggahan pandangan itu untuk kembalikan Umno sebagai tunjang kerajaan dan tawan PRU. Itu semua setuju.

Abdul Rahman Dahlan.

“Perbezaan (pendapat) tidak akan menyebabkan satu keadaan di mana kita (pemimpin Umno) tidak boleh patah balik. Masih ada ruang untuk berbincang,” katanya yang pernah terbabit dalam krisis kepimpinan Umno negeri dengan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menjelang pilihan raya Sabah September lalu.

Rahman mengetuai beberapa pemimpin Umno Sabah membantah pelantikan Bung Moktar sebagai pengarah jentera parti negeri itu pada pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin terbabit berdamai dan bekerjasama sehingga membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) yang membentuk pakatan Gabungan Rakyat Sabah bersama Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah.

Gabungan itu menumbangkan Parti Warisan Sabah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Rosnah Rashid Shirlin.

Seorang lagi Ahli MKT Umno, Rosnah Rashid Shirlin yang berbeza nada dengan Rahman berkata, sebarang percanggahan pendapat tidak perlu dicanang di luar parti, ketika negara masih bergelut dengan dua masalah utama, iaitu Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Katanya, barisan kepimpinan parti harus memberi teladan yang baik kepada akar umbi dalam membantu negara pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

“Semua pemimpin diharap berjiwa besar dan dapat duduk semeja,” katanya kepada FMT.

“Kita sebagai pemimpin, jika bergolak di atas, bergolaklah di bawah, jangan pilih jalan itu. Beri mereka hadiah dengan tunjukkan teladan baik.”

Minggu lalu, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mengingatkan parti itu bahawa agenda peribadi dan kewujudan pelbagai “kabilah” dalam Umno dengan cita-cita peribadi merupakan masalah utama yang boleh meruntuhkan parti.

Beliau juga menegaskan Umno mesti teguh dengan keputusan parti sebagai satu ketetapan iaitu hanya institusi Presiden dan MKT sebagai pengemudi perjalanan parti. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.