Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beberapa kawasan di Raub banjir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beberapa kawasan di Raub banjir


 

Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan tujuh PPS dibuka di daerah Raub bagi menempatkan 207 mangsa daripada 54 keluarga. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir mulai petang semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata hujan menyebabkan sungai di tiga kawasan iaitu Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Dong melimpah.

“Setakat ini, tiada kehilangan atau kecederaan dilaporkan berlaku dan tindakan segera telah dilakukan untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya semasa dihubungi Bernama.

Sementara itu, portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan tujuh PPS dibuka di daerah itu bagi menempatkan 207 mangsa daripada 54 keluarga.

PPS Kundang Patah menempatkan mangsa paling ramai iaitu 113 orang daripada 29 keluarga diikuti Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai (37 orang daripada sembilan keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Pia (25 orang daripada lapan keluarga) dan Masjid Kampung Kuala Semantan (16 orang daripada lima keluarga).

Dalam pada itu, Balai Raya Kampung Sengkela, Balai Raya Kampung Gesing dan Balai Raya Kampung Chenua masing-masing menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa seramai 16 orang. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.